Jawatan Kosong AIM / Pembantu Amanah Gred F3 | Tarikh Tutup: 26 April 2020

Pemberitahuan Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia.

Berikut merupakan maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Sinar Kerjaya hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat jawatan kosong yang dinyatakan dibawah.


Maklumat Jawatan Kosong

Nama Majikan : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Lokasi : Kuala Lumpur

Kekosongan jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU AMANAH (PERCUBAAN) GRED F3
  • Kekosongan : Dua (2)
  • Kelayakan : SPM/SPVM/STPM/Diploma
  • Gaji : RM1,770.00 (Termasuk elaun)
  • Lokasi Kerja : Ibu Pejabat AIM (Bahagian Perundangan, Governans dan Sekretariat Lembaga & Pejabat Ketua Pegawai Kewangan)

Syarat Kelayakan :
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • Lulus SPM/SPVM/STPM/Diploma (5 kredit) termasuk kredit Bahasa Melayu dan lulus Matematik. Calon yang mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon;
  • Mempunyai lesen memandu B2 atau D;
  • Boleh berkomunikasi dengan baik;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;
  • Mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran suatu kelebihan.

Cara Memohon :
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat atau melalui email di bawah bersama-sama dengan :
  • Surat Permohonan (sila nyatakan jawatan yang dipohon)
  • Salinan SPM / STPM / Diploma
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Tamat Persekolahan
  • Salinan Lesen Memandu
  • Sekeping Gambar Berukuran Pasport (Tidak Dikembalikan).

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 26 April 2020. Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat. 

PENGURUS
PENGURUSAN BAKAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI 
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar 
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9 
52200 Kuala Lumpur 
Tel: 03-6274 8810 Faks: 03-6274 8863

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel