Cara Mohon i-Lestari Online Dengan Lebih Cepat & Mudah Tanpa Daftar i-Akaun

Permohonan Pengeluaran i-Lestari Secara Online Tanpa Daftar i-Akaun.



Pihak KWSP secara rasmi telah melancarkan sistem baru bagi memudahcara permohonan pengeluaran i-Lestari iaitu dengan i-Lestari Online. Pemohon yang berminat melakukan pengeluaran i-Lestari kini hanya perlu mendaftar permohonan secara online.

Berikut dikongsikan cara permohonan pengeluaran i-Lestari dengan lebih cepat dan mudah tanpa memerlukan pendaftaran i-Akaun.


Cara Permohonan Pengeluaran i-Lestari Tanpa Daftar i-Akaun

Sila baca dan fahami INFO PENTING berikut sebelum meneruskan permohonan.

1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pilih PERMOHONAN BARU

3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat & Poskod

4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)

5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif

6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon

7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekat butang SETUJU.

8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.

9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.


Semak Status Permohonan

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan.

1. Pilih SEMAK STATUS PERMOHONAN

2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit, dan tekan SEMAK.

3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.


Untuk maklumat lanjut, layari https://ilestari.kwsp.gov.my ATAU imbas kod QR berikut.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel